Friday, 11 December 2015
Final question
Soalan terakhir dari saya. pada pandangan anda, bagaimanakah keadaan kesihatan mental kanak- kanak prasekolah dan sekolah rendah di malaysia? adakah mereka menghadapi stress yang tinggi? bincangkan.
Seterusnya...
Benarkah kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan? mohon sebarang pandangan dan komen daripada anda.
Tuesday, 8 December 2015
Continue our topic...
selamat petang. saya sambung kembali dengan topik yang kedua iaitu berkaitan hubungan kekeluargaan secara langsungnya melibatkan hubungan perapatan antara anak dan bapa. seperti yang diketahui, Pada zaman sekarang untuk menimbulkan hubungan yang rapat antara anak dan bapa amat sukar. ini kerana, terdapat beberapa faktor yang tertentu. salah satunya, faktor teknologi. saban hari dunia kita di tenggelami dengan teknologi yang terkini dan canggih seperti gajet yang mana menyebabkan perubahan manusia yang semakin leka sehingga menimbulkan kesan- kesan yang tidak sewajarnya. Contohnya pengabaian. tambahan lagi, kalangan bapa pada hari ini yang yang sentiasa sibuk dan tidak mementingkan hubungan perapatan antara anak telah menyebabkan timbulnya masalah kepada anak. Persoalannya, apakah masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak- kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa?
dengan ini, saya berharap anda sekalian sudi memberi pendapat atau ulasan berkenaan topik yang telah dipaparkan.
dengan ini, saya berharap anda sekalian sudi memberi pendapat atau ulasan berkenaan topik yang telah dipaparkan.
Perkongsian bersama
Assalamualaikum dan selamat petang. hari ini saya ingin berkongsi tajuk yang menarik tentang sosioemosi. seperti yang kita ketahui, rakan sebaya memainkan peranan dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi. Oleh itu, saya berharap agar anda memberikan pandangan tentang peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak- kanak
Subscribe to:
Posts (Atom)