Friday, 11 December 2015

Seterusnya...

Benarkah kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan? mohon sebarang pandangan dan komen daripada anda.

12 comments:

  1. Pandangan saya,kecerdasan emosi sememangnya penting kerana ia merupakan penilaian kemampuan seseorang untuk menerima, menilai, mengelola, serta mengawal emosi dirinya dan orang lain di sekitarnya. Dalam hal ini, emosi mengacu pada perasaan terhadap informasi akan sesebuah ikatan perhubungan. Sedangkan, kecerdasan mengacu pada sesuatu untuk memberikan alasan yang logik akan suatu hubungan. Kecerdasan emosi belakangan ini dinilai lebih penting daripada kecerdasan intelek. Sebuah penelitian mengungkapkan bahawa kecerdasan emosi dua kali lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam memberikan penumpuan dan menentukan kejayaan seseorang khususnya dalam dunia perkerjaan.

    Sebagaimana profesion perguruan yang menitik beratkan terhadap suatu tanggungjawab yang perlu digalas dalam pengajaran & pembelajaran (P&P) yang kadang-kalanya sikap pelajar-pelajarnya menguji kesabarannya yang melibatkan emosi guru itu sendiri. Menurut Howard Gardner (1983) terdapat lima pokok utama dari kecerdasan emosi seseorang, yakni mampu mengendali dan mengelola emosi diri sendiri, memiliki kepekaan terhadap emosi orang lain, mampu merespon dan bersosialisasi dengan orang lain secara emosional, serta dapat menggunakan emosi sebagai alat untuk memotivasi diri. Menurut Aristoteles pula, dalam The Nichomacea Ethics adalah bukan emosi yang menjadi masalah, tetapi lebih kepada kita mengekspresikan dan mengendalikan semua jenis emosi dan menguasainya dengan kecerdasan, bahkan nafsu jika dilatih dengan baik akan menghasilkan kebijaksanaan.
    Adakalanya kita cenderung menganggap emosi sebagai reaksi berlebihan atas dasar perilaku yang sukar kita terima kerana banyak juga yang selalu mengaitkan emosi hanya dengan perasaan marah atau kecewa, namun sebaliknya emosi ini dapat kita kawal mengikut situasi yang bersesuaian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam. terima kasih atas pendapat anda. sedikit huraian dari saya Kecerdasan Emosional adalah kemampuan untuk memonitor emosi diri sendiri dan orang lain, serta menggunakan informasi emosi untuk memandu cara berfikir dan perilaku.
      Kecerdasan emosional (EQ) ditandai dengan kemampuan seseorang mengendalikan diri dalam menghadapi keadaan sulit. Dengan pengendalian yang kuat, ia boleh membuat seseorang menjadi dengan tenang melihat permasalahan dan dengan tenang memperhitungkan impak dari suatu keputusan atau suatu tindakan.
      Setiap orang mempunyai perbezaan personaliti, keperibadian, keinginan dan bagaimana menunjukan emosi. namun, Kecerdasan intelek juga penting dalam dunia pekerjaan. Bukan sahaja emosi dan sosial. Intlektual untuk menjelaskan sifat pikiran yang mencakup sejumlah kemampuan, seperti kemampuan memecahkan masalah, berpikir abstrak, memahami gagasan, menggunakan bahasa, dan belajar. Kecerdasan erat kaitannya dengan kemampuan kognitif yang dimiliki oleh individu

      Delete
  2. Assalamualaikum saudari, disini saya ingin memberi sedikit pandangan. Kecerdesan emosi dan sosial amat penting daripada kecerdasan intele. Ini kerana jika kecerdasan emosi dan sosial ini terganggu, maka pekerjaan akan terjejas. Oleh itu, kecerdasan intelek tidak memadai. Kecerdasan intelek hanyalah tiket untuk mencapai kerjaya yang baik dan pengetahuan dalam bidang yang diceburi. Namun, jika kecerdasan emosi dan sosial tidak dijaga maka pekerjaan akan terjejas. Perasaan dan emosi yang tertekan, mudah marah, kualiti pengurusan dalam perkerjaan merosot, kebahagian keluarga merudum dan dikelilingi dengan perasaan yang tidak selesa walaupun bergaji tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam. terima kasih atas pandangan saudara.namun, bagi pendapat saya, saya lebih bersetuju jika kecerdasan intelek (IQ) dan kecerdasan emosi dan sosial adalah seimbang kerana kedua-dua perkara ini sangat berkait rapat semasa dalam alam pekerjaan. bagi sesetengah pekerjaan seperti doktor atau seorang guru, kedua-dua pekerjaan ini memerlukan individu yang berintelek dan emosi yang stabil. jika seorang doktor itu, hanya mempunyai kecerdasan dari segi emosi dan sosial maka apabila pesakinya datang, mungkin dia lebih kepada bertanyakan soalan-soalan tapi tidak punya pengetahuan dalam bidang ini maka ini akan menimbulkan masalah dan begitu keadaan yang sebaliknya. contoh lain ialah jika seseorang itu bekerja sebagai seorang guru maka secara tidak langsung individu itu perlulah mempunyai ilmu pengetahuan dan serta sikap yang sopan. jika guru tersebut mengajar kanak-kanak tanpa ilmu di dada justeru apakah yang perlu diajarkan. manakala jika guru mengajar dengan dengan ilmu yang ada tetapi dalam keadaan emosi yang kurang baik dengan mudah marah dengan murid atau bersikap kasar serta kurang prihatin dengan pelajarnya maka masalah juga akan timbul disini. sebagai kesimpulan, setiap jenis pekerjaan adalah berbeza dan etika serta syarat yang dikenakan juga adalah berbeza. jadi, kepentingan kecerdasan emosi sosial dan kecerdasan intelek adalah dipengaruhi oleh jenis pekerjaan yang dipeganag oleh individu.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum saudari, saya ingin memberi sedikit pandangan. Kecerdasan emosi dan sosial boleh dipelajari, diperkembangkan dan ditingkatkan iaitu daripada pengalaman yang didapati sebelum ini. Semakin banyak seseorang itu menerima pengalaman seperti menguruskan emosinya ketika menghadapi tekanan, maka tahap kecerdasan emosinya dan sosial juga semakin semakin tinggi. Kecerdasan emosi dan sosial penting dalam setiap individu sama ada terhadap pemimpin, pengurus, pelajar dan sebagainya. Dalam hal yang lain, kecerdasan intelek tidak berupaya dalam membentuk ahklak, moral, rohani dan jasmani yang sebenar, kecerdasan intelek yang tidak dikawal dengan emosi dan sosial yang pintar, biasanya akan membawa kepada kelakuan yang tidak baik. Dengan adanya kecerdasan emosi dan sosial seseorang akan mampu menilai kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan. Keadaan ini membolehkannya mudah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan adanya disiplin tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. terima kasih saya ucapkan kepada saudari kerana sudi singgah di blog saya dan memberikan pandangan. melalui apa yang saudari jelaskan, saya kaitkan dengan dunia pekerjaan yang mana melibatkan tahap kecerdasan emosi, sosial dan intelek. Seperti yang kita tahu, di dalam dunia pekerjaan masa kini memandang kecerdasan intelek sebagai teraju utama personaliti seseorang individu itu. Namun begitu, pada masa kini juga kecerdasan emosi dan sosial juga merupakan salah satu faktor penting yang membantu seseorang itu membina kerjaya dalam bidang pekerjaan. Kecerdasan emosi membantu seseorang itu mengawal ketenangan dan mengawal stress di tempat kerja. Seseorang itu mampu menjana perkembangan kerjayanya melalui kawalan emosi yang baik iaitu dengan mengawal amarah di tempat kerja, sentiasa berfikiran positif dan berusaha membentuk peribadi yang baik.

      Delete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Pada pendapat saya pula, untuk era globalisasi ini dua aspek iaitu kecerdasan emosi dan kecerdasan sosial adalah sangat penting dan tidak boleh dipisahkan daripada dunia pekerjaan. Ini kerana kecerdasan emosi dan sosial membantu dalam meningkatkan mutu pekerjaan. Kecerdasan sosial adalah interpesonal iaitu hubungan sesama manusia. Sekiranya aspek ini tiada, ia akan menjadi kekangan dalam karier seseorang. Oleh itu, jelaslah bahawa akademik bukan ukuran dalam menentukan kejayaan seseorang dalam kariernya. Sekian terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Saudari AIshah kerana sudi berkongsi pandangan. sedikit pandangan dari saya. Di dalam dunia pekerjaan masa kini memandang kecerdasan intelek sebagai teraju utama personaliti seseorang individu itu. Namun begitu, pada masa kini juga kecerdasan emosi dan sosial juga merupakan salah satu faktor penting yang membantu seseorang itu membina kerjaya dalam bidang pekerjaan. Kecerdasan emosi membantu seseorang itu mengawal ketenangan dan mengawal stress di tempat kerja. Seseorang itu mampu menjana perkembangan kerjayanya melalui kawalan emosi yang baik iaitu dengan mengawal amarah di tempat kerja, sentiasa berfikiran positif dan berusaha membentuk peribadi yang baik.

      Delete