Tuesday, 8 December 2015

Perkongsian bersama

Assalamualaikum dan selamat petang. hari ini saya ingin berkongsi tajuk yang menarik tentang sosioemosi.  seperti yang kita ketahui, rakan sebaya memainkan peranan dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi. Oleh itu,  saya berharap agar anda memberikan pandangan tentang peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak- kanak

11 comments:

  1. Assalamualaikum saudari, saya ingin memberi sedikit pandangan saya berkenaan pengaruh rakan sebaya dalam sosioemosi kanak-kanak. Dari segi pergaulan yang kurang dapat perhatian atau kawalan dari pihak keluarga mereka akan lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan sebaya. Hal ini di khuatiri pemilihan rakan sebaya yang tidak bermoral akan mempengaruhi perkembangan moral dan sosioemosi mereka. Di mana sosioemosi ini bermaksud keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberikan tindakbalas terhadap sesuatu dan bertingkahlaku mengikut norma masyarakat.

    Menurut Teori Perkembangan Havighurst, pada zaman remaja seseorang individu mengalami beberapa perubahan. Remaja mengalami dan mempelajari cara-cara menyesuaikan diri dengan sekelilingnya. Persekitaran yang mempengaruhi kanak-kanak dapat dilihat dari segi pemakanan,
    rakan sebaya, guru, bahan bacaan dan internet. Muhd. Mansur Abdullah et al (1988) menyatakan dengan mencontohi rakan sebayanya, belia kita akan dapat belajar satu tingkah laku baru yang cuba diserap dan disesuaikan pula ke dalam personalitinya. Oleh itu rakan sebaya adalah memainkan peranan penting dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam dan terima kasih saudara Kasmil kerana sudi berkongsi pendapat di blog saya kerana rakan sebaya dikenal pasti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap proses pembentukan akhlak di kalangan pelajar sekolah. Hal ini kerana di sekolah, mereka mula membuat perhubungan dengan rakan di luar persekitaran keluarga. Di sini, kita akan nampak dengan jelas bahawa kanak-kanak sedang melalui transisi daripada interaksi sosial di dalam keluarga kepada peranan dan kedudukan sebagai orang dewasa. Ini adalah kerana rakan sebaya mempunyai sub-budaya yang tersendiri.rakan sebaya turut memainkan peranan dalam pembinaan dan perkembangan nilai sosioemosi seseorang kanak-kanak untuk beradaptasi dalam norma msayarakat. Faktor rakan sebaya memberi lebih banyak kesan positif kepada perkembangan kanak-kanak dalam persekitaran kehidupan seharian. Terima kasih

      Delete
  2. Assalamu'alaikum saudari, mengikut pada pembelajaran saya tentang teori etika dan moral dimana etika atau sikap seseorang kanak-kanak atau individu itu sememangnya bergantung pada persekitaran terutamanya rakan sebaya. Baik masyarakat atau rakan sekelilingnya maka baiklah seseorang kanak itu dan begitulah sebaliknya. Oleh itu, sesuailah kursus saudari ambil ini supaya dapat mendidik kanak-kanak zaman teknologi moden ini agar dapat dibentuk akhlak mereka agar menjadi seorang manusia yang berguna dan berjaya. Selamat maju jaya. Assalamu'alaikum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Terima kasih saudara Aliff atas pandangan anda mengenai topik yang saya utarakan. memang benarlah bahawa sikap seseorang kanak- kanak dipengaruhi oleh persekitaran, terutamnya rakan sebaya. lanjutan daripada saya setiap permasalah atau apa- apa yang perlu dikongsi akan dirujuk dengan rakan sebaya. Hal ini kerana wujudnya hubungan perapatan dengan rakan disebabkan adanya unsur- unsur nilai kepercayaan. Terima kasih sekali lagi Saudara Aliff. Semoga kita sama- sama maju jaya. Waalaikumussalam :)

      Delete
  3. Rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting kepada pembentukan dan pembangunan seseorang individu. Ini kerana para remaja dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan rakan sebaya yang mana lebih tinggi daripada pengaruh ibu bapa.

    Kadang kala mereka merasa lebih selesa berbincang atau bercerita masalah mereka dengan rakan sebaya mereka. Pengaruh rakan sebaya boleh diterima secara positif dan negatif. Ibu bapa berhak mengawal dan mengambil tahu siapa dan dengan siapa anak mereka berkawan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, rakan sebaya ialah sahabat yang sama umurnya dan mempunyai lingkungan latar belakang yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat atau dalam kata lain mempunyai minat yang sama. Berdasarkan definisi ini, kata kunci yang penting untuk dikaitkan dengan pengaruh sosioemosi kanak-kanak itu ialah "mempunyai minat yang sama". Apabila minat itu sama, bagi mereka rakan sebaya itu merupakan sumber informasi dan orang yang boleh dipercayai. Permasalahan atau apa-apa yang perlu dikongsi akan dirujuk dengan rakan sebaya. Hal ini kerana wujudnya perapatan yang jitu disebabkan nilai kepercayaan dan minat yang sama.

    Selain itu, dari segi pergaulan yang kurang dapat perhatian atau kawalan dari pihak keluarga mereka akan lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan sebaya. Hal ini di khuatiri pemilihan rakan sebaya yang tidak bermoral akan mempengaruhi perkembangan moral dan sosioemosi mereka. Di mana sosioemosi ini bermaksud keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberikan tindakbalas terhadap sesuatu dan bertingkahlaku mengikut norma masyarakat.

    Menurut Teori Perkembangan Havighurst, pada zaman remaja seseorang individu mengalami beberapa perubahan. Remaja mengalami dan mempelajari cara-cara menyesuaikan diri dengan sekelilingnya. Persekitaran yang mempengaruhi kanak-kanak dapat dilihat dari segi pemakanan,
    rakan sebaya, guru, bahan bacaan dan internet. Muhd. Mansur Abdullah et al (1988) menyatakan dengan mencontohi rakan sebayanya, belia kita akan dapat belajar satu tingkah laku baru yang cuba diserap dan disesuaikan pula ke dalam personalitinya. Oleh itu rakan sebaya adalah memainkan peranan penting dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudari Auni Asmida kerana telah berkongsi pandangan. saya bersetuju dengan penyataan anda kerana ianya menambahkan pengetahuan saya secara langsung.ulasan dari saya, Rakan sebaya dikenal pasti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap proses pembentukan akhlak di kalangan pelajar sekolah. Hal ini kerana di sekolah, mereka mula membuat perhubungan dengan rakan di luar persekitaran keluarga. Di sini, kita akan nampak dengan jelas bahawa kanak-kanak sedang melalui transisi daripada interaksi sosial di dalam keluarga kepada peranan dan kedudukan sebagai orang dewasa. Ini adalah kerana rakan sebaya mempunyai sub-budaya yang tersendiri.Sehubungan dengan itu, pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya, kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum.

      Delete
  4. Rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting kepada pembentukan dan pembangunan seseorang individu. Ini kerana para remaja dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan rakan sebaya yang mana lebih tinggi daripada pengaruh ibu bapa.

    Kadang kala mereka merasa lebih selesa berbincang atau bercerita masalah mereka dengan rakan sebaya mereka. Pengaruh rakan sebaya boleh diterima secara positif dan negatif. Ibu bapa berhak mengawal dan mengambil tahu siapa dan dengan siapa anak mereka berkawan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, rakan sebaya ialah sahabat yang sama umurnya dan mempunyai lingkungan latar belakang yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat atau dalam kata lain mempunyai minat yang sama. Berdasarkan definisi ini, kata kunci yang penting untuk dikaitkan dengan pengaruh sosioemosi kanak-kanak itu ialah "mempunyai minat yang sama". Apabila minat itu sama, bagi mereka rakan sebaya itu merupakan sumber informasi dan orang yang boleh dipercayai. Permasalahan atau apa-apa yang perlu dikongsi akan dirujuk dengan rakan sebaya. Hal ini kerana wujudnya perapatan yang jitu disebabkan nilai kepercayaan dan minat yang sama.

    Selain itu, dari segi pergaulan yang kurang dapat perhatian atau kawalan dari pihak keluarga mereka akan lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan sebaya. Hal ini di khuatiri pemilihan rakan sebaya yang tidak bermoral akan mempengaruhi perkembangan moral dan sosioemosi mereka. Di mana sosioemosi ini bermaksud keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberikan tindakbalas terhadap sesuatu dan bertingkahlaku mengikut norma masyarakat.

    Menurut Teori Perkembangan Havighurst, pada zaman remaja seseorang individu mengalami beberapa perubahan. Remaja mengalami dan mempelajari cara-cara menyesuaikan diri dengan sekelilingnya. Persekitaran yang mempengaruhi kanak-kanak dapat dilihat dari segi pemakanan,
    rakan sebaya, guru, bahan bacaan dan internet. Muhd. Mansur Abdullah et al (1988) menyatakan dengan mencontohi rakan sebayanya, belia kita akan dapat belajar satu tingkah laku baru yang cuba diserap dan disesuaikan pula ke dalam personalitinya. Oleh itu rakan sebaya adalah memainkan peranan penting dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum saudari Ieza, terima kasih kerana mengemukakan isu yang amat amat menarik perhatian saya. Pada pandangan saya, Kita juga perlu mengetahui konsep rakan sebaya itu. Rakan sebaya merupakan kumpulan remaja yang sama dari segi umur,pendidikan atau kelas sosial dan minat Kita sedia maklum bahawa remaja biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka.Untuk remaja , rakan sebaya terdiri daripada sekumpulan besar rakan-rakan mereka yang sama umur, kelas, jiran atau rakan sekerja.Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Pada kebiasaannya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya. Rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Saudari Aishah. Terima kasih keran sudi singgah di blog saya dan memberi komitmen. saya tertarik dengan pandangan saudari. segalanya lengkap dari segi konsep dan peranan.ianya membantu saya dan rakan blogger mendapatkan ilmu dan pengetahuan namun, disini saya tambahkan sedikit mengenai kepentingan rakan sebaya yang mana setiap peranan memberi lanjutan kepada kepentingan. Terdapat beberapa sebab pentingnya rakan sebaya di kalangan kanak-kanak selain daripada mempraktiskan kemahiran sosial. Antaranya ialah sumber peneguhan dan galakan daripada rakan sebaya, dan membantu meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak. Kanak-kanak memerlukan sokongan dan peneguhan dalam kehidupan. Kadangkala peneguhan dan sokongan ini tidak
      diberi oleh ibu bapa atau penjaga. Oleh yang demikian, keperluan terhadap sokongan ini dapat diperolehi melalui rakan sebaya. Selain itu, sahabat dianggap insan yang berupaya untuk mempengaruhi kita. Jika kanak-kanak berkawan dengan rakan yang bijak dan suka membaca buku, sikap baik ini akan turut mempengaruhinya dan begitulah sebaliknya.

      Delete
  6. assalamualaikum dan selamat sejahtera.
    saya ingin menyatakan pendapat saya bahawa pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak.Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak. Rakan sebaya boleh mendorong kanak-kanak mencapai impian atau sebaliknya. Hal ini kerana pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya, kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dasn potensi ke tahap optimum. Kanak-kank yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka. Manakala rakan sebaya yang bersikap negatif dan anti sosial maka ada kecenderungan kanak-kanak turut terjebak dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Akhlak dan nilai yang diamalkan oleh rakan sebaya lazimnya akan mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak turut bertingkah laku sedemikian kerana mereka takut disingkir oleh rakan sebaya mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Saudari Aina. Terima kasih atas pandangan anda. Rakan sebaya dan keluarga merupakan dua dunia sosial tempat seseorang itu membeza. Kanak-kanak merasakan rakan mereka adalah penting kepada mereka. Jelaslah bahawa rakan sebaya turut memainkan peranan dalam pembinaan dan perkembangan nilai sosioemosi seseorang kanak-kanak untuk beradaptasi dalam norma msayarakat. Faktor rakan sebaya memberi lebih banyak kesan positif kepada perkembangan kanak-kanak dalam persekitaran kehidupan seharian. Hanya rakan yang dapat memahami 'taste' mereka..Terima kasih

      Delete