selamat petang. saya sambung kembali dengan topik yang kedua iaitu berkaitan hubungan kekeluargaan secara langsungnya melibatkan hubungan perapatan antara anak dan bapa. seperti yang diketahui, Pada zaman sekarang untuk menimbulkan hubungan yang rapat antara anak dan bapa amat sukar. ini kerana, terdapat beberapa faktor yang tertentu. salah satunya, faktor teknologi. saban hari dunia kita di tenggelami dengan teknologi yang terkini dan canggih seperti gajet yang mana menyebabkan perubahan manusia yang semakin leka sehingga menimbulkan kesan- kesan yang tidak sewajarnya. Contohnya pengabaian. tambahan lagi, kalangan bapa pada hari ini yang yang sentiasa sibuk dan tidak mementingkan hubungan perapatan antara anak telah menyebabkan timbulnya masalah kepada anak. Persoalannya, apakah masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak- kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa?
dengan ini, saya berharap anda sekalian sudi memberi pendapat atau ulasan berkenaan topik yang telah dipaparkan.
Assalamualaikum saudari, disini saya ngin memberi sedikit pandangan berkenaan perapatan. Perapatan amat penting dalam sesebuah keluarga untuk membentuk ikatan keluarga yang bahagia. Namun akan timbul masalah jika tidak mempunyai hubungan perapatan dengan ahli keluarga terutama dengan bapa yang mana sesuai dengan topik yang saya ingin kongsikan ini. Jika dilihat dari sudut perapatan dengan bapa, aspek disiplin amat dititikberatkan kepada anak-anak sesuai dengan tanggungjawab yang dipikul sebagai seorang bapa. Apabila hubungan perapatan dengan bapa itu kurang maka akan timbul masalah anak-anak seperti kurangnya disiplin dalam diri, anak berani lawan cakap orang tua, mudah terpedaya dengan pengaruh dunia luar yang negatif, anak tidak berani menyuarakan permasalahan terhadap bapa, dan kurangnya komunikasi dengan bapa di mana ini amat penting untuk mengeratkan perhubungan perapatan antara seorang anak dengan bapa.
ReplyDeletew.salam. terima kasih saudara atas pandangan anda. saya sambung sedikit mengenai hubungan perapatan antara anak dan ayah. Seperti yang kita sedia maklum,Perapatan merupakan hubungan kasih-sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Ia berfungsi untuk memberi rasa selamat, selesa dan seronok kepada seseorang dalam perhubungannya dengan individu lain. Oleh sebab perapatan awal, iaitu pada zaman kanak-kanak mempengaruhi hubungan emosi individu pada masa akan datang, maka ibu bapa dan guru-guru mesti memahami bagaimana perapatan mempengaruhi pembentukan emosi kanak-kanak.
DeleteBaru-baru ini saya juga ada menemui di dalam laman Instagram yang menyatakan bahawa hubungan antara ayah dan anak sangatlah penting, malah di dalam Al-Quran juga ada banyak menceritakan hubungan perapatan antara seorang ayah dan anak.Kebanyakan masalah yang berlaku kepada kanak-kanak hari ini seperti nakal dan buli sebenarnya banyak berpunca daripada terjejasnya hubungan perapatan mereka dengan bapa sejak dari kecil lagi. Hal ini telah menyebabkan emosi mereka terganggu sehingga menjejaskan perwatakan mereka ketika dewasa.
Assalamu'alaikum saudari. Sekali lagi bersua disini. Ingin saya nyatakan secara peribadi tentang permasalahan ini dan ianya bukan masalah dari aspek teknologi semata-mata kerana teknologi ini amatlah bermanfaat sekiranya digunakan dengan betul dan sesuai caranya. Masalah kanak-kanak ini berlaku bagi pandangan saya adalah kerana kurangnya perhatian, penerapan nilai-nilai murni dan kasih sayang daripada ibubapa, guru dan masyarakat sekeliling. Hal ini membuatkan kanak-kanak ini akan mencari seseorang untuk meluahkan perasaan dan tempat untuk mereka berasa gembira. Disebabkan hal inilah ramai yang tersalah pilih jalan dan mengikuti jejak rakan-rakan sebaya yang berada disekelilingnya. Masalah ini perlu dibincangkan dengan mendalam agar kanak-kanak ini tidak mudah terpengaruh dan melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya.
ReplyDeletew.salam. terima kasih atas sumbangan dari pandangan anda. saya bersetuju dengan penyataan anda yang menyatakan permasalah perhubungan berlakunya kerana berpunca dari faktor teknologi yang mana menyebabkan sesebuah hubungan menjadi semakin renggang. oleh itu, masalah ini haruslah dititikberatkan oleh setiap individu agar tidak memberi implikasi terhadap tumbesaran anak- anak untuk masa hadapan.
Deletepada pendapat saya..seseorang kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan bapa akan cenderung menjadi seorang yang tertekan.Ini disebabkan bapa adala tunjang utama dalam keluarga,merekalah yang mencari rezeki dan membentuk sesebuah institusi keluarga itu.Jika seseorang kanak-kanak itu tidak rapat atau tidak mahu rapat dengan bapa,mereka akan sukar untuk berkomunikasi terutamanya dalam bidang kewangan dan keperluan.Kebiasaannya kanak-kanak yang memilih tidak rapat dengan bapa ini mereka menjadi lebih berdikari kerana enggan memperkatakan keinginan mereka kata bapa malah memilih sendiri untuk menyelesaikan masalah tersebut menggunakan usaha sendiri.Kesimpulannya,ada sebab baik dan buruknya juka seseorang kanak-kanak itu tidak rapar dengan bapa mereka.
ReplyDeleteterima kasih. komen yang amat menarik. memang benarlah bahawa bapa merupakan tunjang dalam utama dalam kekeluargaan. Namun,jika dikaitkan dengan "faktor pekerjaan dan hubungan perapatan " pada masa kini kebanyakkan bapa sentiasa sibuk dengan dunia pekerjaan. bagi bapa yang berjawatan tinggi, mereka tidak sempat untuk meluangkan masa bersama anak- anak walaupun pada hujung minggu atau cuti umum. kesibukkan bekerja menyebabkan pengabaian kepada anak- anak. maka, hubungan perapatan beransur kurang. implikasinya daripada hubungan perapatan melahirkan anak- anak yang bersikap dua jenis iaitu positif dan negatif. memang benarlah dikatakan anda, dari segi positif anak- anak memilih untuk berdikari manakala dari segi negatif menyebakan kurangnya komunikasi dan pengamalan nilai- nilai murni. semoga apa yang disampaikan, dapat memberi kesedaran kepada kita bahawa hubungan perapatan amatlah penting dalam sesebuah kekeluargaan terutamanya bapa dan anak.
Deleteassalamualaikum saudari Ieza, pada pendapat saya, seseorang kanak-kanak itu akan merasa dirinya kurang kasih sayang dan juga perhatian daripada seorang ayah. hal ini kerana, bapa merupakan ketua keluarga yang mempunyai tanggungjawab untuk mencari rezeki bagi menyara kehidupan keluarganya. kesibukan seorang bapa yang bekerja akan menyebabkan hubungan antara anak dengan bapa menjadi renggang. kesibukan bapa yang bekerja juga akan menyebabkan kanak-kanak berasa terpinggir daripada ayahnya kerana jika seorang ayah pulang daripada bekerja, sudah pasti beliau berasa penat dan kebiasaanya tidak sempat untuk meluangkan masa bersama anak-anak. disebabkan oleh kesibukan bapa bekerja, anak-anak akan menjadi malu untuk bertegur sapa dengan bapa mereka sendiri walaupun hubungan mereka boleh diibaratkan air yang dicincang tidak akan putus. kesimpulannya, seorang bapa perlulah mencari ruang dan juga masa untuk meluangkannya bersama anak-anak supaya mereka tidak berasa jauh daripada bapa mereka sendiri.
ReplyDeletewalaikumsalam saudari. terima kasih saudari kerana sudi mengungjungi blog saya dan berkongsi idea saudari kepada kami semua.Jelaslah di sini bahawa interaksi antara bapa dengan anak-anak mempengaruhi perkembangan anak . ibu bapa memainkan peranan penting dalam kehidupan anak mereka.
Delete